Wednesday, October 5, 2011

Koleksi-koleksi

Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri, saya juga tidak lari dari semua itu. Di bawah ni saya sertakan sekali dengan gambar koleksi-koleksi yang saya kumpul kerana ianya sangat bermakna. Banyak yang kawan-kawan bagi, ada yang jumpa di tepi jalan...hahha tapi kerana istimewa di pandangan mata, maka saya kutip disimpan dalam peti. Lebih gemar mengumpul Key-chain. Sesiapa yang nak menyumbangkan sebarang Key-Chian ..dgn rendah hati saya menadah tangan menerima dengan berlapang dada..hahahha 

Koleksi-koleksi saya, ini cuma sebahagian saja..ada lagi tak tergambar.

Banyak juga saya kumpul, sampai peti tempat menyimpan koleksi sudah tidak muat lagi. Kalau tidak disimpan dalam peti nanti diculik oleh insan-insan yang suka letak di kunci..hahahhah pepehal layankan aje. "Kreatifkan Minda Peneraju Negara Gemilang" hhehehhe

Origami Lily

Gambar di atas adalah contoh origami Lily

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, nah...ini la contoh bunga Lily yg telah siap....permulaanya agak rumit untuk menyiapkannya. Tetapi akhirnya berjaya disiapkan dengan jayanya :). Cara melipatnya boleh cari sendiri di internet. Tidak susah sebenarnya kalau sudah tahu bagaimana melipat origami ini. 

Origami Lily amat sesuai dijadikan hiasan, anda perlu membuat dan menyediakan bunga atau kuntum Lily 10 kelopak, 10 daun yg panjang, satu pasu kaca, pasir yg berwarna. akan siap seperti gamber yang tertera di bawah. 


Nah!!!! Cantaik kan... (^__^)//

Origami Lily ini anda boleh mencubanya sendiri di rumah, boleh buat hiasan atau boleh dihadiahkan kepada insan-insan yang dekat di hati anda. Simple tetapi amat bernilai bagi insan yang menerimanya. Orit...di masa mendatang saya akan kongsikan yang lain. "Kreatifkan Minda Peneraju Negara Gemilang" << ada pulak kata-kata semangat ..ahaaha...layankan aje.. (^__^)//-by joe