There was an error in this gadget

Sunday, January 13, 2013

Hai... Lama sudah tidak menjenguk ke blog yang disayangi (ye ke?) hahahha Rasanya masih belum terlewat saya ucapka Selamat Tahun Baru 2013. Mulakan tahun baru dengan jayanya dan teruskan pasang seribu macam impian. Jadi, tak menjadi la kan kiamat tahun lepas...hahaha lucu juga, ada yang percaya...tapi itu hak mereka..hehe

Teruskan mengikuti perkembangan blog ini ye...terima kasih. Sekali lagi.... Happy New Year 2013


Masih berdoa agar dapat kerja tetap... :)
Selamat sejahtera.... aha tahun ini bermulanya episod baru. permulaan tahun dimulakan dengan projek terbaru DIY=DO IT YOURSELF...maknanya buat sendiri..heheh sebagai contoh origami itu pun DIY juga... tapi sekarang gunakan barang yang terpakai, baru boleh menjaga alam sekitar...betul tak? hehe...

Di bawah ini, saya telah membuat satu gubahan bunga yang biasa saja. tapi boleh buat sendiri jika dibandingkan dengan membeli di kedai bunga yang harganya agak mahal. Berikut adalah hasilnya.






Bahan-bahan yang diperlukan:
Dawai hijau, Bunga gantung, Hot Gum

1. Sediakan bahan-bahan
2. Cabut bunga daripada tangkai-tangkai (biasanya bunga ini ada di pasaran satu tangkai dalam RM2)
3. Potong dawai hijau mengikut ketinggian pasu bunga anda.
4. Gamkan bunga pada dawai hijau (Hati-hati, gam panas)
5. Keringkan gam dan pastikan bunga betul-betul melekat pada dawai.
6. Siap. Boleh diletakkan di pasu bunga yang anda suka..
Selamat Mencuba.

Projek ini dinamakan DIY: Joe Oretga... heheheh

Terima Kasih Daun Keladi,
Lain Kali Baca Lagi.

Jom DIY....hahha