Monday, August 22, 2011

Origami Pikachu おりがみ ぴkはちゅ



**Nah!!!! ini adalah merupakan contoh origami yang telah saya siapkan...macam mana? cumil cute tak? heheh Anda boleh cuba buat sendiri. Kalau lagi banyak origami dibuat makin cantik...boleh diletakkan di satu balang kaca yang menarik. Origami ini senang sahaja sebenarnya. :) わかわかですね。Kalau saya sudah membeli balang kaca nanti, saya akan poskan di sini...supaya dijadikan panduan dan inspirasi kepada kalian yang meminati origami dan yang baru berjinak dengan origami.

**Permulaan kepada penghasilan ini sedikit rumit, tapi lama-lama anda pasti merasa seronok... sebelum Pikachu ni..saya telah membuat bunga Lily. Saya akan paparkan di masa mendatang. Origami bunga Lily boleh dijadikan hiasan atau diberikan kepada insan-insan yang anda sayang :). Pernah saya ternampak gambar origami bunga Ros yang banyak untuk majlis perkahwianan. Sangat menarik. Saya pun sedang belajar membuat origami Ros, tapi tak menjadi..hehehhe tidak mengapa boleh berusah lagi :) Buat masa ini, sila perhatikan Pikachu ini...hahhahha 

** Yang baik itu datang daripada Allah maha kuasa, yang buruk itu datang daripada saya selaku hamba kepadaNya. Moga dengan sedikit coretan daripada saya, anda yang baru berjinak dengan origami ini akan lebih bersemangat. Walaubagaimanapun saya akan mendoakan yang terbaik buat kalian semua :) Good Luck!!!


Sunday, August 21, 2011

Origami おりがみ

Apabila kita menyebut mengenai origami, pasti terbayang beraneka bentuk lipatan kertas yang comel-comel. ada yang bentuk bintang, bunga, haiwan dan sebagainya. Origami ini sebenarnya berasal daripada negara China. Ia disebut sebagai lipatan kertas China (Chinese paper folding), namun pada abad ke-6, ia sangat popular di jepun setelah sami Budha China membawa kertas ke sana.

Di negara matahari terbit iaitu Jepun, ianya disebut Origami "おりがみ”。Perkataan "Origami" adalah diambil daripada perkatan Jepun iaitu "Ori" bermaksud lipatan dan "gami" bermaksud kertas. perkataan ini tersebar di seluruh pelusuk dunia hingga ke hari ini (Aqila, 2009:500).

Jika ingin maklumat yang lebih lanjut sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Origami atau laman sesawang yang sewaktu denganya..hehehhe

**Banyak reka bentuk origami, ada yang senang, ada yang susah bebeno nak buat...sampai aku sakit hati nak buat...tapi kerna dah minat..aku cuba juga..ada yg separuh jalan...tapi setakat ni ada la beberapa oriami yang berjaya... bagi kat kawan-kawan, tak sangka pulak diorg suka...ye ye...heheheh .. penerangan lanjut nanti aku post di masa yang mendatang...hahhah ( dah cuba upload gambar satu origami aku buat...x dapat..lain masa aku masukalah ye... :) maaf







Selamat Menyambut Ramadan



Selamat Menyambut bulan Ramadan kepada kawan-kawan seperjuangan di universiti dulu. Masih ingat kenangan berpuasa bersama-sama dengan anda semua. tidak akan saya lupakan. Lewat sedikit ucap selamat Ramadan kerna sibuk dengan benda lain..hehehhe Buat kawan-kawan yang mengenali diri ini juga :) selamat berpuasa ye...jangan ponteng-ponteng..hehhehe

Monday, August 15, 2011

Kediaman Idaman Kalbu

Tajuk mcm lawak aje...heheh
Ha... hari ni nak kongsi pasal reka bentuk rumah. JNC suka bentuk rumah mcm dalam gambar yang tertera di sebelah...heheh reka bentuk boleh pakai...nanti boleh ubah sikit-sikit biar ada nilai ketimuran dan kebudayaan di Malaysia ni..baru mantap... sy memang suka reka bentuk mcm ni..terutama atap hahhah. Malaysia ni agak panas ...er bukan agak..memang panas..hahha. Kalau duduk di tingkat atas rumah, panas terasa sangat sampai berpeluh peluh dalam bilik, pasang kipas..kipas pun tiup angin yang panas hehheh. Jadi pemilihan atap batu ni agaknya sesuai. Jenis dan rekabentuk rumah boleh didapati di google. Boleh cuba mencari, segalanya di hujung jari kuku anda. Zaman sekarang, segalanya mudah dicari kalau rajin heheh. Pada yang mempunyai minat seperti saya ni. Tidak salah nak berangan, tak kena bayar..hahahha tapi atap batu ni mahal. Daerah tempat saya cuma ada satu je rumah yang buat atap guna atap batu macam ni. Entah bila akan dapat guna atap dan rekaan rumah macam ni. Atap daun rumbia pun boleh juga, sejuk pagi petang siang malam...hahha melampau... tapi kos nak jaga atap rumbia pulak lain hal..eh saya ni cerita pasal rumah ke pasal atap...hahahha maaf. hahhah. Kalau ada sesiapa yang ada maklumat yang menarik mengenai rumah ke... rekaan dalaman rumah...boleh saja sharekan di sini...Terima Kasih.

Tamat Belajar

JNC akhirnya telah menamatkan pengajian..yeahhhh kalau ada rezeki lagi..niat di hati ingin sambung ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Cuma buat masa dan ketika ini, ingin bekerja dahulu. Kesian kepada ayah yang kerja jauh. JNC akan konvo bulan 10... bertarikh 23hb Oktober 2011... :) Buat kawan-kawan yang sama berjuang di menara gading, saya ucapkan ribuan terima kasih dan rindukan korang semua..hehehhe
Semoga Berjaya dan terus berjaya di luar sana dan mengejar cita-cita, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian semua :) "jaga diri, hiasai peribadi"